Wednesday, May 30, 2012

Pengalaman selama seminggu menjaga anak saudara kembar yang baru berusia 8 bulan..Maklumlah ibu mereka mempunyai kerjaya sebagai jururawat jadi tentulah ada kursus yang perlu diikuti...Seminggu ni memang hari yang kelam kabut tapi menyeronokkan...Mana tidaknya,makan pun tak sempat,malam tak dapat tidur kena bangun buat susu malam2..Ia sangat mencabar bagi diri saya...Menjaga mereka bukan sahaja tidurkan atau mandikan tetapi kena jaga ubat mereka..Anak saudara kembar saya nie walaupun mereka membesar secara normal dari segi fizikal tetapi tidak dari segi kesihatan...Mereka mempunyai asma,mereka kerap juga demam,batuk dan selesema...Bila mereka demam 2-3 hari dan batuk tidak berhenti,apabila bawa berjumpa doktor mereka disahkan menghidap jangkitan kuman pada parru-paru...Penjagaan mereka agak sukar untuk memastikan mereka makan ubat tepat pada waktunya...Disebalik kegembiraan terdapat seribu satu kesedihan yang tersembunyi....Ramai yang berkata,untungnya dapat anak kembar tetapi hakikat yang sebenar hanya si ibu  sahaja yang mengetahui....Pengorbanan ibu memang tidak dapat dibalas,amat berharga....Jadi saya tujukan khas kata-kata semangat ini untuk kakak saya iaitu NorAzrina bt.Johar...."Tingkatkanlah kesabaran dalam diri anda,kerana sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menempuhinya....

Monday, May 28, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT AYAHANDA DAN BONDA YANG TERCINTA..Semoga ikatan perkahwinan yang telah dibina selama 32 tahun ini terus kekal hingga ke akhir hayat...I LOVE YOU..

Monday, May 21, 2012

Tidak semestinya orang yang kita cintai akan sentiasa berada disamping kita........Kita tidak dapat memilikinya walaupun kita mencintainya.........Cinta adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada setiap makhluk ciptaanya....Kuasa cinta boleh menentukan kehidupan kita untuk masa akan datang sama ada bahagia mahupun sebaliknya...

Saturday, May 12, 2012

Ku percaya pada kau yang pernah mengatakan aku cinta pertamamu...Tetapi aku tidak yakin..adakah aku cinta terakhir mu......

SESUATU TERJADI DALAM HATIKU

Kau hampiri diriku,tersenyum manisnya,
Tanpa sedari kau beri impian kepadaku,
Kini hatiku tiada lagi terjaga atau terlena,
Apa perlu ku lakukan,sesuatu terjadi dalam hatiku,
Apakah perasaan ini,kehausan yang tiada penghujung,
Tanpa ku sedari keasyikan cinta ini,
Menyerap ke seluruh jiwaku,
Tiada ketahui kenapa kedamaian hilang dilanda cinta,
Apa perlu ku lakukan sesuatu terjadi dalam hatiku,
Doa ku pohon telah termakbul,
Hanya Tuhan ketahui bagaimana ku jatuh cinta,
Tiada ku ketahui kenapa kebahagiaan muncul dari keresahan ini...
Ku bersendirian dibaluti memori,
Apa perlu ku lakukan sesuatu terjadi dalam hatiku,

*YANG DEKAT ITU MATI,YANG JAUH ITU MASA,YANG BERAT ITU AMANAH,YANG INDAH ITU SOLAT.............

Nabi Muhammad S.A.W.bersabda:"Seseorang itu dinilai atas agama temannya,maka lihatlah dengan siapa dia berteman"...
Saidina Ali pernah berpesan:"Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri.Sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang.Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya.Sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab"...

Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah..Zizan dah kembali pulih....akhirnya malam ini dia muncul lagi dalam Super Spontan.....go Zizan...go Zizan.......JOZAN terbaik............baru la ade semangat nak tgk Super Spontan...

Tuesday, May 8, 2012

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab rupa paras yang elok dapat menyesatkan...Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan..Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..

Monday, May 7, 2012

Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka{daripada memandang yang haram},dan memelihara kehormatan{kemaluan} mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..."{Surah An-Nur :ayat 31}

Sunday, May 6, 2012

NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar RUPANYA,
AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA,
HATI mengatakan wanita itu cantik atas dasar AKHLAKNYA.....