Wednesday, May 30, 2012
Pengalaman selama seminggu menjaga anak saudara kembar yang baru berusia 8 bulan..Maklumlah ibu mereka mempunyai kerjaya sebagai jururawat jadi tentulah ada kursus yang perlu diikuti...Seminggu ni memang hari yang kelam kabut tapi menyeronokkan...Mana tidaknya,makan pun tak sempat,malam tak dapat tidur kena bangun buat susu malam2..Ia sangat mencabar bagi diri saya...Menjaga mereka bukan sahaja tidurkan atau mandikan tetapi kena jaga ubat mereka..Anak saudara kembar saya nie walaupun mereka membesar secara normal dari segi fizikal tetapi tidak dari segi kesihatan...Mereka mempunyai asma,mereka kerap juga demam,batuk dan selesema...Bila mereka demam 2-3 hari dan batuk tidak berhenti,apabila bawa berjumpa doktor mereka disahkan menghidap jangkitan kuman pada parru-paru...Penjagaan mereka agak sukar untuk memastikan mereka makan ubat tepat pada waktunya...Disebalik kegembiraan terdapat seribu satu kesedihan yang tersembunyi....Ramai yang berkata,untungnya dapat anak kembar tetapi hakikat yang sebenar hanya si ibu sahaja yang mengetahui....Pengorbanan ibu memang tidak dapat dibalas,amat berharga....Jadi saya tujukan khas kata-kata semangat ini untuk kakak saya iaitu NorAzrina bt.Johar...."Tingkatkanlah kesabaran dalam diri anda,kerana sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menempuhinya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment